Tayar berbentuk bulat dan biasanya berwarna hitam. Tayar amat penting untuk memastikan pergerakkan kenderaan lancar meluncur diatas jalanraya. Aku nak share skit info tentang tayar dengan pembaca, info nie aku dapat dari majalah KERETA.
Untuk memastikan tayar yang dihasilkan bermutu tinggi, syarikat tayar seluruh dunia telah melaburkan modal dalam jumlah jutaan ringgit. Sebelum memasuki produksi, tayar mereka mestilah mampu menangung sejumlah beban, sejumlah had kelajuan & had kilometer. Tayar yang dihasilkan adalah campuran pelbagai bahan & menjalani ujian yang ketat supaya selamat digunakan.
Antara problem yang selalu dihadapi oleh kita seperti bergegar, tidak selari, stereng bergetar mungkin disebabkan oleh tayar yang bermasalah seperti tayar botak. Tahap kehausan bunga boleh dilihat dengan mata kasar, dalam kata lain bunga tayar semakin nipis. Ini mungkin disebabkan oleh penyeraphentak yang rosak, penjajaran yang salah, jalan yang tak elok dan cara pemanduan yg kasar.Kerap membrek dengan kuat juga boleh menjadi punca.
Tekanan tayar hendaklah diperiksa sekurang-kurangnya 2 kali sebulan berpandukan jumlah tekanan yang sesuai pada pelekat di bahagian pintu pemandu. Tekanan angin mestilah tidak lebih atau kurang dari tekanan yang disyorkan.Tekanan tayar adalah berbeza mengikut jenis kenderaan kerana jumlah penumpang tidak sama.
Fakta penting....!!!!!
* Jangan guna tayar yang tamat tempoh. Lihat tarikh dikeluarkan.
* Jangan guna tayar korek kerana telah melebihi had rekaan pengeluar
* Gunakan tayar yang sama model pada setiap sisi
* Ukuran tayar mestilah tidak melebihi had pengeluar
* Rim yang rosak disisi boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan
* Jangan guna tayar yang tamat tempoh. Lihat tarikh dikeluarkan.
* Jangan guna tayar korek kerana telah melebihi had rekaan pengeluar
* Gunakan tayar yang sama model pada setiap sisi
* Ukuran tayar mestilah tidak melebihi had pengeluar
* Rim yang rosak disisi boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan
*Info:
-Majalah KERETA
-Majalah KERETA
-Google (Gambar)




No comments:
Post a Comment