Nuffnang Ads

Tuesday, May 10, 2011

Moooovviiieeee: Fast & Furious - Fast Five

Tanggal 2hb Mei 2011 yg lalu, ako rase bertuah sebab menjadi antara insan yg terawal hadirkan diri untuk menonton Fast & Furious yg terbaru - Fast Five. Seperti yg sedia maklum, jln cerite nye kite semua dah tau. Penuh dengan aksi & kereta-kereta hebat yg telah di modified.  

Vin diesel & paul walker telah membuat reunion dengan mengumpulkan all star dari episod-episod Fast & Furious yg lepas untuk melakukan satu rompakan besar yg bermotifkan dendam ke atas seorang yg sangat berpengaruh di Rio de Janeiro.

Dalam usaha untuk menjayakan rancangan, mereka terpaksa berhadapan dengan ancaman tambahan iaitu Dwayne Johnson (The Rock) yg ditugaskan untuk memburu & menangkap mereka (Vin diesel & paul walker).

Nak tau kisah selanjutnye, cepat-cepat la pergi panggung wayang yg berdekatan anda untuk menonton movie ini. sekian....

All Star Fast & Furious


Vin diesel & paul walker ready untuk berenang
The Rock nak tangkap Vin Diesel

Kejar mengejar - The Rock lambat sbb bdn besar kot...

Kereta yg ditugaskan untuk tarik peti besi - power nih!!
Dah settle memasing beli kereta hebat - vin diesel dpt partner baru

Sumber: Google

Wednesday, March 9, 2011

Tayar

Tayar berbentuk bulat dan biasanya berwarna hitam. Tayar amat penting untuk memastikan pergerakkan kenderaan lancar meluncur diatas jalanraya. Aku nak share skit info tentang tayar dengan pembaca, info nie aku dapat dari majalah KERETA.


Untuk memastikan tayar yang dihasilkan bermutu tinggi, syarikat tayar seluruh dunia telah melaburkan modal  dalam jumlah jutaan ringgit. Sebelum memasuki produksi, tayar mereka mestilah mampu menangung sejumlah beban, sejumlah had kelajuan & had kilometer. Tayar yang dihasilkan adalah campuran pelbagai bahan & menjalani ujian yang ketat supaya selamat digunakan.


Antara problem yang selalu dihadapi oleh kita seperti bergegar, tidak selari, stereng bergetar mungkin disebabkan oleh tayar yang bermasalah seperti tayar botak. Tahap kehausan bunga boleh dilihat dengan mata kasar,  dalam kata lain bunga tayar semakin nipis. Ini mungkin disebabkan oleh penyeraphentak yang rosak, penjajaran yang salah, jalan yang tak elok dan cara pemanduan yg kasar.Kerap membrek dengan kuat juga boleh menjadi punca.


Tekanan tayar hendaklah diperiksa sekurang-kurangnya 2 kali sebulan berpandukan jumlah tekanan yang sesuai pada pelekat di bahagian pintu pemandu. Tekanan angin mestilah tidak lebih atau kurang dari tekanan yang disyorkan.Tekanan tayar adalah berbeza mengikut jenis kenderaan kerana jumlah penumpang tidak sama.


Fakta penting....!!!!!
* Jangan guna tayar yang tamat tempoh. Lihat tarikh dikeluarkan.
* Jangan guna tayar korek kerana telah melebihi had rekaan pengeluar
* Gunakan tayar yang sama model pada setiap sisi
* Ukuran tayar mestilah tidak melebihi had pengeluar
* Rim yang rosak disisi boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan


*Info:
           -Majalah KERETA
           -Google (Gambar)




Sunday, October 31, 2010

Kereta @ Kete

          Salam 1 Malaysia. Memule aku nak cite pasal kereta @ kete. Kete nie suatu bende yang penting pada seluruh umat manusia di dunia nie. Memang la kalau takder kete pon kite bleh lagi bergerak dengan naik LRT, bas atau teksi. Tapi 'feel' nyer tak sama dengan memandu kete sendiri. Ok sebelum aku 'meleghet' dengan lebih jauh, jom kite kaji skit pasal KERETA @ KETE.

         Kereta ialah kederaan bertayar 4 dan mempunyai enjin untuk bergerak. Bagi yang tayar nyer lebih dari 4 biase terdapat kat autoshow jek. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.


         Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya dan mengangkut penumpang daripada membawa barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak (SUV - Sport Utility Vehicle) membenarkan penggunaan kereta di luar jalan raya. Di dunia ini sekarang terdapat beberapa jenis jenama kereta; yang terkenal ialah Toyota, Honda, Mitsubishi, BMW, Mercedes Benz, PROTON, Hyundai, Volvo, Isuzu, Mazda, Skoda, Nissan dan Citroen.

         Terdapat beberapa sistem yang membolehkan kenderaan berfungsi dengan sempurna seperti:

  • Sistem bahan api - Berfungsi bagi membekalkan bahan api petrol atau diesel kepada enjin. Kesemua enjin diesel menggunakan sistem suntikan bahan api manakala hampir kesemua model kereta berenjin petrol terkini menggunakan suntikan bahan api bagi menggantikan karburetor.
  • Sistem ekzos - Berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin.
  • Sistem pelinciran - Berfungsi bagi melincirkan enjin untuk mengurangkan geseran serta mengurangkan kehausan bahagian utama enjin yang boleh mengakibatkan kerosakan pada enjin.
  • Sistem penyalaan - Berfungsi untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin. Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan mengenakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar.
  • Sistem transmisi - Berfungsi untuk menghantar aliran kuasa enjin kepada roda pemacu. Sistem transmisi menyediakan pilihan nisbah gear yang bersesuaian dengan keadaan pemanduan. Terdapat dua jenis sistem transmisi secara umumnya iaitu transmisi manual dan transmisi automatik.
  • Sistem elektrik - Berfungsi membekalkan arus elektrik yang diperlukan oleh sistem penyalaan, lampu-lampu utama dan lampu isyarat, serta peralatan elektrik yang lain.
  • Sistem penyejukan - Berfungsi menyejukkan enjin agar enjin dapat beroperasi pada suhu yang betul. Enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin yang terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.
  • Sistem kemasukan udara - Membekalkan udara bersih kepada enjin untuk pembakaran bahan api.
  • Sistem kerangka dan suspensi - Berfungsi menyokong enjin, pemandu, penumpang serta kenderaan itu sendiri. Sistem suspensi menyerap hentakan sepanjang jalan bagi keselesaan pemandu dan penumpang.
        

*info dari wikipedia.